Thursday, December 18, 2014

RINTIH PERINDU SYAHID



Dia biasa-biasa.
Langkah kakinya banyak yang tersadung ke lembah kehinaan.
Dek kerana lumpur jahiliah yang terlalu tebal menyelaputi kemas sang hati.

Hairan.
Hairan sungguh bagaimana insan yang hina itu menyimpan cita- cita yang kemas di dalam hati untuk sebuah kesyahidan di sisi Tuhannya.

Hmm, bukan semudah itu dia ingin menyahut seruan syahid itu.
Angkuhnya. Eh, tidak. Dia bukan begitu.
Dahulu, perkataan SYAHID itu menakutkan dia. Langsung tidak dilafazkan dalam tadahan-tadahan tangan yang berdosa itu ketika bermunajat pada Tuhannya, sedangkan dia kata dia rindu sangat nak jumpa Allah. Eh, peliknya insan tu.
Tahu kenapa?

TAKUT MATI!

Ya, itu jawapan yang dia mula sedari pada suatu ketika.
Eh,bukan kah insan itu selalu mahukan pertemuan dengan Tuhannya?
Dia tertipu dengan rasa hati sendiri rupanya.

Hei anda! Allah tidak mengajar hamba-hambaNYA seperti menulis di papan hitam, zaman kita-kita ini masih hingusan di bangku sekolah.
Tidak. Tapi, DIA ajar kita melalui pelbagai cara yang akan mencorakkan rasa.
Rasa pahit, manis, masam. Eh, ada kah rasa masam?
Senyum.

SYAHID. SYAHID. SYAHID..

Entah kenapa persoalan itu semakin berlegar- legar berterbangan dalam minda insan marhein itu.
Ya Allah, aku mahu syahid!

Tapi..