
Bismillahirrahmanirrahim
Hidup ini suatu perjalanan,
seringkali aneh dan janggal berbisik di hati,
mengapa jadi begitu, mengapa jadi begini?
kenapa itu salah, kenapa pula ini betul?
Ya, aneh sekali.
Kadang-kadang, apa yang hati mahu bukan apa yang Allah mahu.
Allah Maha Penyayang.
Allah Maha Pengasih.
Allah Maha Mendengar.
DIA lebih tahu apa kehendak dan perlu kita bukan?
Ada insan yang baru sahaja kita kenal.
Ukhwah yang baru dan belum mekar.
Tapi, Allah letak dalam hati rasa kasih dan sayang.
Bahagianya.
Fitrah manusia, mana ada yang suka akan kebencian?
Alhamdulillah, syukur atas anugerah ketenangan.
Hari ini, aku mencoret rasa bahagia,
untuk insan yang hadir mengukir senyuman di wajah,
aku doakan bahagia dan syurgaNYA untukmu kalian.
...Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?_Ar Rahman
